Blog

Perbezaan Analog CCTV dan IP CCTV/POE kamera

IP kamera ataupun digital kamera. Adakah anda berfikir untuk menaiktaraf kamera analog anda kepada IP kamera, terdapat pelbagai faktor untuk difikirkan. Walaupun jurang harga di antara kedua semakin kecil, terdapat kelebihan dan kekurangan kepada kedua-duanya dan apa yang anda pilih akhirnya bergantung kepada keperluan khusus organisasi anda. Untuk artikel kali ini kami akan membuat analsis perbezaan analog cctv dan IP cctv/poe kamera.

Manfaat Kamera Analog

Kos: Sebab yang paling jelas untuk berpegang pada sistem analog anda ialah harga. Kamera analog ternyata lebih murah, terutamanya bila anda dapati anda terpaksa menggunakan lebih banyak kamera.

Terdapat banyak pilihan di pasaran: Kamera analog telah berada lebih lama di pasaran. Anda akan dapati lebih mudah untuk mencari juruteknik pemasangan cctv analog dan juga lebih senang didapati di pasaran berbanding poe kamera atau IP kamera.

Kesederhanaan: Kamera analog cukup mudah untuk dioperasi, menghantar rakaman ke perakam video digital (DVR), yang kemudian mengubah analog ke digital dan menyimpannya. DVR juga mudah untuk dikonfiugr dan dikawal.

Teknologi semakin baik: “Definisi tinggi (HD) analog telah meningkatkan kualiti gambar dan resolusi,” kata Tim Sutton, pengarah keselamatan di Pengurusan GHG. “Anda boleh mendapatkan kamera cctv empat dan lima megapiksel dengan teknologi analog HD, dan itu sudah sangat mengagumkan. Walau bagaimanapun, apabila anda membandingkan epal dengan epal terutamanya resolusi kamera, IP kamera mempunyai lebih banyak kelebihan ”

Kelemahan Kamera Analog

Jumlah frame dan kualiti imej: Jumlah frame kamera analog lebih rendah berbanding IP kamera, jadi kamera analog tidak sesuai untuk kawasan yang mempunyai banyak pergerakan atau yang perlu dilihat dengan jelas dan terperinci. Imej tidak begitu tajam dan mungkin kelihatan kasar atau kabur. Anda juga tidak boleh membuat zoom digital seperti yang anda boleh lakukan dengan IP kamera. Walau bagaimanapun, untuk situasi atau kawasan tertentu, kualiti imej mungkin tidak menjadi faktor penting. Bergantung pada situasi dan keperluan anda.

Sudut pandangan kurang: Ia mungkin memerlukan lebih banyak kamera analog untuk merakam sesuatu kawasan yang sama sedangkan untuk IP kamera satu atau dua IP kamera sudah mencukupi.

Lebih banyak kabel: Anda memerlukan kabel elektrik, power adapter tidak termasuk kabel DVR, sedangkan anda hanya memerlukan satu kabel iaitu UTP cat5e ataupun cat6 jika meggunakan IP kamera.

Tiada enkripsi: Tiada enkripsi bermakna seorang penggodam berpotensi mengakses/memintas maklumat rakaman cctv anda atau menggantikan isyarat cctv anda dengan yang lain.

Kelebihan IP Kamera

Sensor yang pelbagai: Kamera IP mempunyai keupayaan untuk memuat tiga atau empat fungsi dalam satu kamera, yang mana biasanya kamera analog memerlukan banyak kamera untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang terdapat pada IP kamera¬† “Pada dasarnya anda menjalankan empat kamera,” kata Sutton. “Mereka sebenarnya masuk sebagai satu isyarat melalui satu kabel ke sistem anda, dan ia juga hanya memerlukan satu lesen.”
Tim Sutton, pengarah keselamatan di Pengurusan GHG – Majalah Keselamatan
“Saranan saya kepada sesiapa yang mempunyai kamera analog dan masih berfikir sama ada harus bertukar kepada IP kamera atau tidak.¬† Jawabannya adalah, ya, anda harus,” kata Tim Sutton, pengarah keselamatan di Pengurusan GHG.

Kos telah turun: Seperti mana-mana teknologi, harga bagi kamera IP adalah lebih mahal berbanding kaera analog. Kata Lanni.

Pemasangan yang lebih mudah: Kamera analog menggunakan dua kabel, satu kabel coax network dan satu lagi kabel elektrik sementara¬† kamera IP hanya memerlukan satu kabel untuk kedua-dua data dan kuasa elektrik yang dihubungkan kepada network switch ataupun network video recorder(NVR). Dengan IP kamera anda juga boleh fokus dan zoom dalam jarak jauh, kata Sutton. “Sebaik sahaja ia dipasang, selagi kamera anda telah diletakkan pada tempat yang betul, anda sudah boleh mengawal kamera anda,” katanya.

Resolusi: Resolusi dalam kamera hanya menjadi lebih baik dan lebih baik dan kamera IP mempunyai kualiti imej yang unggul berbanding kamera analog. Anda boleh mendapatkan kamera dengan resolusi yang berbeza dan nisbah aspek disesuaikan dengan keperluan anda.

Video di atas menggambarkan perbezaan gambar di antara 3 jenis kamera. Menggunakan resolusi 960 pixel. Sumbangan Hasmi Technologies.

Perisikan dan analitik: Kamera IP pada dasarnya adalah seperti komputer kecil yang dimampatkan supaya menyimpan video, dan juga boleh diprogramkan untuk menyediakan pelbagai analisis. Kamera IP juga boleh mengesan pergerakan atau asap, mengira orang, mengesan warna tertentu dan mematikan penggera.

Kekurangan IP kamera

Kos pemasangan yang tinggi: Kos permulaan ketika anda bertukar daripada kamera analog kepada kamera IP agak tinggi. Bagaimanapun anda akan dapati ia sebenarnya berbaloi untuk dibuat jika dibandingkan kelebihan yang akan anda dapat dengan IP kamera.

Data storan: Kamera IP menggunakan resolusi yang tinggi bermakna akan storan yang biasa tidak dapat menampung data-data daripada kamra ini. Gambar yang lebih cantik dan jelas bermakna lebih besar data yang akan digunakan dan lebih besar storan yang anda perlukan.

Pembelajaran yang berterusan: IP kamera mempunyai banyak kegunaan, fokus, zoom, pergerakan, analitik, thermal dan pelbagai lagi fungsi yang akan datang bersama kamera ini, menyebabkan semua pengguna kamera ini untuk mahir menggunakan fungsi-fungsi kamera ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *