Blog

10 Sebab Kenapa Wajib Pasang Sistem Keselamatan Rumah?

Posted On February 25, 2017 at 8:06 am by / No Comments

Ramai yang tidak memikirkan tentang sistem keselamatan rumah ketika mereka mula menduduki rumah yang baru sahaja dibeli ataupun disewa. Ramai dari kita yang hanya menyedari akan betapa PENTINGNYA memasang sistem penggera rumah ataupun sistem keselamatan rumah hanya setelah mereka menjadi mangsa kepada jenayah pecah rumah.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani statistik jenayah meningkat dari bulan Januari – April 2016. Kes jenayah pecah rumah yang dilaporkan pula ialah sebanyak 6,662 kes. (sumber)

Mujurlah kini terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mencegah daripada menjadi mangsa jenayah pecah rumah dan sistem keselamatan rumah adalah salah satu daripadanya. Terdapat banyak sebab yang perlu anda ketahui kenapa anda wajib memasang sistem penggera rumah ini. Bagaimanapun kami akan berikan 10 sebab utama supaya anda tidak menangguhkan lagi niat murni anda itu.

1 – Sebagai Penghalang

Penjahat mungkin akan mencari sasaran lain jika anda mempunyai sistem keselamatan rumah. Penyamun, pencuri, perompak ini biasanya akan melakukan jenayah kepada rumah-rumah yang mudah mereka masuk. Mereka pasti tidak mahu perbuatan mereka diketahui atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau jiran-jiran anda. Apabila anda memasang sistem pengger rumah logiknya mereka pasti tidak akan mencari “pasal” untuk memecah masuk rumah anda.

2 – Keselamatan keluarga anda

Ketenangan fikiran apabila anda pasti keluarga anda selamat ketika anda tiada di rumah atau ketika andak anda balik dari sekolah atau ketika tidur di malam hari atupun kerana bekerja di luar kawasan pasti sesuatu yang tidak ternilai harganya.

3 – Menjimatkan bayaran premium insuran rumah

Kebanyakan syarikat insuran akan memberikan bayaran premium yang lebih rendah kepada pemilik rumah yang mempunyai sistem keselamatan rumah. Anggaran diskaun yang biasa diberi ialah di antara 10% – 20%.

4 – Percutian yang lebih berkualiti

Pernah tak ketika anda keluar bercuti pada masa yang sama anda juga berasa risau dengan keselamatan rumah anda? Saya pasti setelah anda memasang sistem keselamatan rumah, anda akan lebih menikmati percutian anda. Pada hari ini seiring dengan perkembangan teknologi, sistem keselamatan rumah bukan sahaja berfungsi memantau pencerobohan tetapi juga mampu memantau kebakaran, kebocoran gas dan juga banjir.

5 – Pantas bertindak jika berlaku kecemasan

Jika anda melanggan sistem keselamatan rumah berpusat, rumah anda akan dipantau oleh mereka dan andai kata berlaku kecemasan, mereka akan bertindak menghubungi polis ataupun bomba terlebih dahulu. Tindakan pantas ini pasti dapat mengurangkan kos kerugian yang berlaku.

6 – Meningkatkan nilai rumah anda

Bila rumah anda tidak pernah dipecah masuk dan mempunyai sistem keselamatan rumah anda boleh menjual sekali sistem ini kepada pembeli rumah anda. Atau jika pembeli tidak berminat anda boleh membukanya dan memasang di rumah baru anda. Anda boleh jadikan pakej keselamatan rumah anda sebagai pakej penjualan rumah anda.

7 – Lindungi rumah bukan hanya dari pencuri

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, sistem keselamatan rumah telah boleh disambungkan kepada sensor anti kebocoran gas monoksida, sensor banjir dan juga sensor asap. Ianya sudah menjadi sebahagian daripada aksessori pakej sistem keselamatan rumah ini.

8 – Melihat rumah anda tidak kira di mana sahaja

Dengan perkembangan internet hari ini, anda sudah boleh melihat rumah anda melalui CCTV. Terdapat kamera pengawasan yang murah yang boleh digunakan sama ada di luar rumah ataupun dalam rumah. Banyak kelebihan yang boleh anda gunakan dengan CCTV ini. Anda boleh melihat secara langsung bagaimana pembantu rumah anda bekerja ataupun bagaimana mereka menjaga anak-anak anda ketika anda bekerja.

invest to energy concept

9 – Penjimatan kos elektrik

Banyak sistem keselamatan rumah hari ini juga sudah boleh berintegrasi mengawal lampu dan peralatan eletrik yang lain. Secara tidak langsung anda sudah tidak perlu membiarkan lampu luar rumah anda terpasang sepanjang masa ketika anda tiada di rumah.

10 – Sepenuhnya dalam kawalan anda

Teknologi hari ini membolehkan anda mengawal rumah anda hanya dari telefon pintar anda sahaja. Anda boleh memastikan siapa yang masuk dan keluar rumah anda dan anda juga boleh memastikan sama ada pintu sudah dikunci dengan baik ataupun belum

Lindungi keluarga dan rumah and hari ini dengan sistem keselamatan rumah kami. Kami hanya memasarkan produk terbaik untuk anda semua.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *