Blog

12 Tips (Taktik dan Teknik) Cara Untuk Mengelakkan Rumah Anda Dimasuki Pencuri

Posted On May 10, 2016 at 3:51 am by / No Comments

Hanya dengan menggunakan tips(taktik dan teknik) kongsikan ini mampu mengelakkan rumah anda daripada menjadi mangsa pencuri dan penyamun. Jika anda tidak mampu berbelanja ratusan dan ribuan RM untuk keselamatan rumah anda, cuba tips dan trik kami dengan hanya bermodalkan kurang RM50.00 sahaja sudah mampu menjadikan pencuri dan penyamun berfikir banyak kali untuk memecah masuk rumah anda. Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda rasa paling sesuai untuk anda lakukan di rumah anda.

1 – Pasang kamera pemantauan atau cctv palsu di rumah anda. Paling mahal pun hanya dalam RM40.00 dan boleh di dapati di kedai DIY.

dummy cctv

 

2 – Sentiasa pastikan untuk membuang segala surat dan kertas iklan dalam peti surat ataupun dicelah-celah pintu pagar rumah anda. Lebih-lebih lagi jika anda pula jenis kerap bekerja luar kawasan.

iklan kertas

 

3 – Pastikan rumput dan pokok di halaman rumah anda sentiasa kemas dan terjaga. Supaya pencuri tidak mudah untuk bersembunyi  di sebalik semak samun.

yard

 

4 – Beli lampu yang mempunyai timer atau penetapan masa ataupun motion detector supaya orang menyangka bahawa ada orang di dalam rumah anda.

 

timer

 

5 – Jika anda keluar rumah dan mendapati ada sesorang sedang memerhatikan rumah anda, berlakonlah dengan mengucapkan selamat tinggal ataupun seolah-olah melambaikan tangan pada seseorang di rumah.

 

bye-bye

 

6 – Jangan letakkan tangga anda terbiar dan terdedah di luar rumah anda, lebih-lebih lagi di belakang rumah anda. Tindakan membiarkan tangga dilihat seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pencuri untuk memanjat rumah anda.

 

tangga belakang rumah

 

7 – Pastikan anda tidak meletakkan cermin yang boleh menampakkan panel kawalan sistem keselamatan rumah anda.

 

posisi cermin

8 – Jangan tinggalkan atau kongsi status ketiadaan anda di rumah kepada seluruh dunia di media sosial seperti twitter, facebook, what’s app dan sebagainya.

 

status update

 

9 – Beli papan tanda amaran rumah anda mempunyai sistem keselamatan yang sedang beroperasi. Walaupun sebenarnya anda tidak mempunyai sebarang sistem penggera keselamatan di rumah. Untuk membeli papan tanda amaran sila klik ->Tulisan Ini<-

 

 

 

10 – Letakkan kayu penghadang atau sebarang bentuk penghadang di setiap pintu dan tingkap gelongsor (sliding door/window) anda.

 

penghadang pintu gelongsor

 

11 – Pasang lampu di luar rumah anda. Jangan biarkan kawasan luar rumah anda bergelap. Pernah berlaku ketika rumah saya di kampung dimasuki pencuri, lampu luar rumah telah ditanggalkan supaya kawasan luar rumah bergelap.

 

lampu luar rumah

 

12 – Beli sensor pergerakan yang biasa terdapat di sesetengah kedai sebagai pemberitahuan ada orang/tetamu yang datang. Ini adalah sensor pergerakan yang paling asas.

 

sensor selamat datang1

 

Info selanjutnya mengenai sensor selamat datang ini sila klik DI SINI

Kami berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian tips atau cara untuk mengelakkan rumah anda dimasuki pencuri. Namun jika anda mampu dan mempunyai peruntukan, kami menasihatkan supaya anda melengkapi rumah anda dengan sistem penggera rumah yang kami tawarkan. Tidak rugi membuat pelaburan demi keselamatan rumah dan keluarga tersayang, kerana itu semua adalah aset paling berharga dan tidak ternilai dalam hidup anda.

Berikan Keselamatan Terbaik Untuk Keluarga Anda

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *