Blog

Berusaha bersungguh-sungguh, kemudian barulah bertawakal

Berusahalah sebaik mungkin untuk keselamatan kita dan keluarga, kemudian baru kita bertawakal kepada Allah. Ingatlah kisah seorang badawi yang dtegur oleh Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, ada seorang Arab Badawi yang datang ke masjid dan meninggalkan untanya tanpa diikat. Kemudian dia terus masuk ke masjid dan menganggap tindakannya itu sebagai tawakal kepada Allah.

Rasulullah yang melihat kejadian berkenaan segera datang kepadanya dan bersabda: “Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.” Salah faham mengenai konsep tawakal ini dapat dilihat dalam lapisan masyarakat pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *