Blog

Buatlah pelaburan terbaik untuk keluarga tersayang

Posted On March 19, 2016 at 3:47 am by / No Comments

Perompak acu parang pada leher anak

mangsa-rompakJERANTUT – Hasrat seorang lelaki untuk membantu sepupunya yang dirompak sekumpulan perompak bersenjata bertukar tragedi apabila dia diserang lima perompak bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koi, di sini, pagi tadi.

‎Amdun Mohamed, 49, mengalami kecederaan di bahagian leher dan tangan kanannya akibat ditetak sekumpulan perompak terbabit menggunakan parang.

Amdun berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu dia sedang nyenyak tidur di rumahnya, sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu oleh sepupunya, Mohamad Shahrir Osman, 30.

Katanya, sebaik buka pintu, Shahrir terus memberitahu Amdun rumahnya telah dirompak oleh sekumpulan perompak bersenjata dan meminta tolongnya mengejar perompak terbabit.

“Sepupu saya ini tahu saya ada senapang, agaknya sebab itu dia datang minta tolong dari saya. Saya mengikutnya ke rumah namun ketika itu perompak itu sudah tiada.

“Saya naik ke rumah bapa saudara saya yang berada seberang jalan dan saya lihat tingkap rumah bapa saudara saya terbuka. Masa itu saya sudah syak mungkin ada perompak di dalam rumah bapa saudara saya itu,” katanya.

Katanya, ketika sedang meninjau rumah bapa saudaranya, dia melihat beberapa orang perompak terjun dari tingkap rumah bapa saudaranya itu.

“Kesemua saya anggarkan dalam empat atau lima perompak menerkam ke arah saya dengan parang. Saya yang sedang pegang senapang menembak ke arah udara dan memberi amaran supaya jangan lari.

“Saya lihat salah seorang dari mereka cuba menetak saya lalu saya tembak ke arah mereka. Mungkin salah seorang dari mereka terkena tembakan di bahagian peha, namun saya pun tidak pasti,” katanya.

Bertindak mempertahankan diri, Amdun berkata, dia cuba menahan serangan dengan menggunakan senapang yang sudah ketiadaan peluru namun libasan parang terbabit mengenai bahagian leher dan tangan kanannya.

“Ketika itu saya cuma ada dua peluru sahaja. Selepas saya terjatuh, saya pura-pura mati. Suasana sangat gelap dan bila saya bangun saya lihat senapang sudah tiada dan perompak melarikan diri,” katanya.


Buatlah pelaburan keselamatan yang terbaik untuk keluarga tersayang dan juga harta benda anda. Jangan terlalu berkira-kira untuk keselamatan anda sekeluarga.

Pelanduk selalu melupakan jerat… tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk….

KLIK SINI –>>>BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA SEKARANG!<<<–KLIK SINI SEKARANG!

CALL, WASSAP, SMS: 013 261 6067


Perompak ikat tangan

Bapa saudara Amdun, Zulkifli Ali, 55, berkata, dia turut terdengar bunyi tembakan di luar rumahnya dan melihat anak saudaranya itu terbaring lalu menyangka Amdun telah terkena tembakan.

Bercerita dari awal kejadian, Zulkifli berkata, ketika itu sekitar jam 3 pagi, dia yang sedang tidur dikejutkan oleh perompak terbabit yang mengacukan parang sepanjang kira-kira satu meter ke arah dahi dan perut belah kirinya.

“Perompak itu ‎beritahu jangan bergerak dan jangan menjerit dalam bahasa Indonesia. Dia suruh saya bangun dan ikat tangan saya guna tali. Kemudian dia suruh saya bangun ke ruang tamu,” katanya.

Sebaik keluar ke ruang tamu, Zulkifli melihat isterinya, Zaleha Awang Man, 49, ‎dan empat anak mereka, Mohd Irfan, 20, Hasuna, 24, Mohd Husaini Firdaus, 15 dan Mohd Farhan, 14, dalam keadaan tangan berikat dengan tali dipercayai tali ampaian kain rumahnya.

Kemudian katanya, dengan keadaan parang perompak dilehernya, perompak terbabit bertanya di mana dia meletakkan senapang miliknya.

“Saya yang sedang panik terus memberitahu kedudukan senapang saya, tapi selepas itu saya baru terfikir bagaimana perompak itu boleh tahu yang saya ada senapang? Saya rasa pelik dari mana mereka tahu.

“Sementara ambil senapang saya bagitahu mereka, kalau nak ambil senapang ke barang ke ambillah, jangan apa-apakan keluarga saya,” katanya.

Zulkifli berkata, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi motorsikal dinaiki Amdun ‎dan kesemua perompak berlari keluar lalu turut mendengar bunyi das tembakan dari luar.

“Saya sangka Amdun ditembak, namun bila diperiksa dia cuma mengalami kecederaan akibat ditetak di leher dan tangannya,” katanya.

Zulkifli berkata, selama lebih 50 tahun di rumah terbabit, dia tidak menyangka rumahnya akan dimasuki perompak melalui salah satu tingkap kayu bahagian dapur rumahnya.

“Mereka (perompak) mengambil barang kemas anggaran sekitar RM15,000 bersama tiga buah telefon bimbit. Saya lihat perompak itu membawa lari senapang milik Amdun dan meninggalkan senapang saya mungkin kerana mereka tidak pandai menggunakan senapang saya itu,” katanya.

Dalam pada itu, selain rumah Zulkifli, Shahrir sekeluarga turut menjadi mangsa.

Isteri Shahrir, Shamsazlieyana Samsudin Shah, 30, berkata, ketika kejadian, dia, Shahrir dan empat anak mereka, Putera Shah Indra, 10, Putera Shah Rafel, 7, Putera Shaha Naufal, 3, Puteri Nurdamia Qaleesya, 2, serta adik, Mohamad Shahrir dan ibu Shahir, Halimaton Othman, 66, sedang nyenyak tidur di bilik dan ruang tamu.

Acu senapang di leher anak

Shamsazlieyana berkata, dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi untuk ke tandas namun ternampak sekumpulan perompak berada di tangga dapur lalu mengejarnya.

“Saya terjatuh dan mereka tangkap saya dan bawa ke salah satu bilik lalu merampas kesemua barang kemas saya. Kemudian mereka tanya mana suami saya, saya pun tunjuklah suami saya di bilik lagi satu dan membawa saya ke sana.

“Mereka kejut suami saya dan ikat tangannya ke palang besi katil. Mereka mengacukan parang ke leher anak saya (Putera Shah Naufal) yang sedang tidur di sebelah suami saya sambil ugut saya tanya mana lagi wang yang kami ada,” katanya.

Katanya lagi, secara kebetulan dia dan suami baharu sahaja mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 untuk pergi bercuti bersama anak-anak namun terpaksa menyerahkan wang terbabit kerana bimbang nyawa anak-anak terancam.

“Terkilan juga bila memikirkan barang kemas dengan jumlah keseluruhan dalam RM10,000 dan duit untuk melancong lesap macam itu sahaja. Namun nyawa anak-anak lebih penting,” katanya.

Tambahnya lagi, rumah mereka sekeluarga merupakan rumah pertama dimasuki perompak terbabit sebelum kesemua mereka beralih ke rumah Zukifli.

Sebaik perompak terbabit beredar, Shahrir terus bertindak melepaskan diri dan keluar dari rumah untuk meminta bantuan Amdun dan penduduk kampung lain.

“Kami hubungi semua saudara mara dan orang kampung. Ada orang kampung yang mengejar perompak yang menaiki motosikal sebelum perompak itu hilang di sebalik simpang berhampiran Kampung Binjai,” katanya.

Shamsazlieyana yang berasal dari Felda Jengka 14 itu berkata, baharu sahaja sebelum Hari Raya Aidil Adha dia mendengar berita jirannya dirompak perompak bersenjata namun tidak menyangka nasib yang sama menimpa dirinya.

“Saya berbual dengan ibu saya pasal kejadian itu. Saya kata kalau jadi pada saya, biarlah serah semua. Tapi tak sangka pula jadi betul,” katanya memberitahu kemungkinan prompak terbabit masuk ikut pintu dibahagian rumahnya yang masih dalam proses pengubahsuaian.

Difahamkan perompak terbabit mengenakan pakaian berwan hitam dan bertopeng muka di mana kesemua mereka dianggarkan seramai enam orang di mana saah seorang dari mereka bertindak menjaga kawasan rumah.

Sinar harian difahamkan salah seorang penduduk yang mengejar perompak terbabit melihat kesemua perompak menaiki tiga buah motosikal dan salah satunya memiliki nombor plat dari Kedah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Azid Ismail mengesahkan menerima laporan berkata kejadian dan kes masih lagi dalam siasatan.

sumber: sinar harian


BUAT SEDIKIT PELABURAN UNTUK KESELAMATAN KELUARGA TERSAYANG.

Call, Wassap, SMS: 013 261 6067

>>>SISTEM KESELAMATAN RUMAH<<<

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *