Blog

Jenayah 75%, Peneroka Disaran Memasang CCTV

Posted On August 27, 2017 at 3:13 am by / No Comments

KOTA TINGGI – Peneroka disaran memasang rakaman litar tertutup (CCTV) di rumah masing-masing dalam usaha mencegah jenayah, sekali gus membantu meningkatkan keselamatan.

Adun Sedili, Rasman Ithnain berkata, ia berikutan masyarakat Felda memperolehi pendapatan bulanan yang lumayan dan kesenangan ini secara tidak langsung menarik minat penjenayah.

Menurutnya, mengikut rekod, kadar jenayah yang berlaku di kawasan Felda Kota Tinggi sebanyak 75 peratus menyebabkan peneroka perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

“Kita harus ingat penglibatan penagih dadah dalam kalangan anak-anak peneroka begitu membimbangkan. Oleh itu kerjasama peneroka untuk menyalurkan maklumat kepada polis adalah amat penting.

“Polis sendiri sentiasa membantu setiap masalah masyarakat Felda, jadi kita harap peneroka pun akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membasmi jenayah di Felda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program NBOS Kayuhan Bebas Jenayah ‘Omnipresence Bersama Ketua Polis Daerah Kota Tinggi’ Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 Tahun anjuran bersama Adun Sedili dan Persatuan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Daerah Kota Tinggi, kelmarin.

ADUN Sedili

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah.

Dalam pada itu, Ahsmon turut melahirkan rasa bangga dengan sambutan diberikan penduduk Gugusan Felda Lok Heng terhadap program berkenaan.

Katanya, program kayuhan bebas jenayah itu bertujuan mengeratkan hubungan baik antara polis dengan masyarakat setempat.

“Kerjasama masyarakat dengan polis dapat mengatasi kegiatan jenayah di kawasan Felda.

“Kawasan Felda kerap berlaku jenayah pecah rumah dan polis sentiasa bantu untuk menangkap penjenayah,” katanya.

Terdahulu, antara pengisian program adalah melawat tiga rumah mangsa jenayah pecah rumah, berkongsi maklumat serta input berkaitan perkembangan kes dan memusnahkan dua lokasi penagih dadah bersama penduduk.

Program itu adalah julung kali diadakan dengan penyertaan 35 peserta dari PDRM, (15) Felda dan (10) Pejabat Adun Sedili.

Sumber: Sinar Harian

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *