Blog

Ketenangan fikiran dengan sistem keselamatan rumah

Posted On January 1, 2016 at 5:40 am by / No Comments

mangga pintuApabila membincangkan tentang sistem keselamatan rumah untuk melindungi orang yang anda sayangi dan juga rumah anda sudah tentu anda seharusnya memilih yang terbaik. Rantai, mangga kunci atau grill tingkap/pintu. Ianya masih tidak mencukupi kerana pencuri pada masa kini menggunakan alat yang canggih untuk memecah masuk ke dalam rumah anda.

Sistem keselamatan rumah yang biasa pun sudah dapat memberikan anda ketenangan fikiran kerana rumah anda telah mempunyai sistem keselamatan.

Kebanyakan orang-orang menjadi pencuri adalah seorang yang pemalas kerana itu mereka memilih kerjaya ini.

Jika rumah anda dilengkapi sistem keselamatan, walaupun anda hanya membeli pakej sistem keselamatan rumah yang asas sahaja, sudah dapat mengalihkan rumah anda daripada menjadi pilihan pencuri kerana mereka akan memiih rumah yang lebih mudah untuk dipecah masuk.

Menggunakan sistem keselamatan rumah yang terbaik adalah satu langkah yang bijak. Kos memiliki sistem penggera telah turun sehingga ia mampu dimiliki oleh hampir semua orang. Jangan mengambil risiko dengan terus menjadikan rumah anda sebagai sasaran mudah untuk pencuri.

Di Amerika Syarikat, jenayah pecah rumah berlaku hampir setiap 15 saat. Sementara di Malaysia pula hampir setiap hari kita dengar kes pecah rumah. Ramai daripada kita tidak memikirkan sistem keselamatan rumah sehingga sesuatu yang buruk berlaku. Bila rumah anda telah dicerobohi tiada nilai RM yang boleh mengembalikan ketenangan dan perasaan selamat yang pernah anda rasai sebelum itu.

sistem keselamatan rumah, pakej, terbaik
Tawaran pakej sistem keselamatan rumah terbaik daripada kami untuk anda.

Pakej sistem keselamatan rumah asas yang kami tawarkan ialah:
– 1x Panel kawalan
– 1x Sensor pergerakan
– 1x sensor pintu
– 1x siren 110db
– 2x alat kawalan jauh

Panel kawalan utama perlu dipasang di lokasi yang selamat (kawasan yang dilindungi oleh sistem). Jika sistem penggera keselamatan rumah anda menggunakan wayar bermakna anda harus memilih kawasan yang sesuai untuk laluan wayar yang banyak.

Kebanyakan rumah mempunyai dua atau tiga pintu masuk dan pintu-pintu ini perlu mempunyai sensor pintu. Sensor ini akan menghantar mesej kepada unit kawalan apabila pintu dibuka.

Jika rumah anda mempunyai pintu gelangssarr(sliding door), adalah penting untuk meletakkan sensor pintu di situ. Kerana dalam banyak kes pencuri gemar memecah masuk melalui pintu itu.

Siren dalaman

Siren dalaman perlu berada di lokasi di mana ia akan memberi kesan yang palig memeranjatkan. Ramai orang beranggapan siren seharusnya diletakkan di luar rumah. Bagaimanapun kajian yang dijalankan mendapati jiran-jiran anda akan mengadu bahawa bunyi siren itu mengganggu hidup mereka andaikata berlaku “false alarm”. Lagipun jika siren berbunyi mereka tidak akan datang untuk menyelamatkan anda. (Bilakah kali terakhir anda berlari memberikan bantuan apabila anda mendengar siren?) Jika diletakkan di dalam rumah siren akan memberi kesan yang lebih ketara kerana jika terdapat penceroboh di rumah anda dan siren berbunyi penceroboh akan mahu meninggalkan rumah anda secepat mungkin. Siren ini direka untuk membuatkan penjenayah panik dan berlari keluar meninggalkan rumah anda. Siren ini juga pasti akan mengejutkan anda jika anda sedang tidur.

Passive Infra Red

Sensor pergerakan adalah bahagian terakhir dalam pakej asas sistem keselamatan rumah. Jika anda hanya mempunyai satu sensor pergerakan pastikan sensor itu diletakkan di kawasan yang pasti orang akan lalui. Dalam erti kata lain, jika terdapat penceroboh mungkin dia ingin memasuki bilik-bilik di rumah anda tetapi dia mesti melalui jalan untuk ke bilik di dalam rumah anda, jadi letakkan sensor pergerakan anda di situ. Sekarang jika pencuri memecah masuk ke dalam rumah dengan tidak melalui pintu yang telah anda pasang sensor pintu tetapi dia pasti akan dikesan oleh sensor pergerakan yang anda pasang di laluan utama untuk ke setiap bilik di rumah anda.

Pantau dari telefon pintar

Komponen terakhir dalam sistem keselamatan rumah ialah pemantauan. Jika hanya sekadar mengeluarkan bunyi bising ianya kan menjadikan sisem keselamatan ini kurang berkesan. Jika anda mampu anda boleh langgani sistem keselamatan rumah yang mempunyai pusat kawalan yang akan melakukan pemantauan ke atas rumah anda.

Bagaimanapun jika bajet anda kecil, sekurang-kurangnya memasang sistem keselamatan rumah yang boleh menghantar mesej dan telefon ke telefon bimbit anda pun sudah lebih daripada mencukupi. Setidak-tidaknya anda boleh hubungi 999 dan meminta pihak polis datang ke rumah anda.

 

 

Sebelum mengakhri artikel ini, terdapat satu lagi komponen yang paling penting untuk sistem keselamatan rumah anda… iaitu papan tanda amaran. Saya pasti anda pernah melihatnya contoh; “Rumah ini dilindungi oleh Syarikat ABC Keselamatan” dan anda juga boleh melekatkan tingkap anda dengan pelekat sistem keselamatan rumah. Ini membolehkan semua pencuri berpotensi tahu bahawa rumah anda mempunyai sistem keselamatan. Jika msalah kewangan memang menghimpit anda sekarang, sekurang-kurangnya dapatkanlah papan tanda keselamatan rumah, mungkin anda boleh mengaburi penjenayah-penjenayah bahawa rumah anda telah dilengkapi dengan sistem keselamatan rumah yang terbaik!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *