Panduan Pemasangan

**Perhatian: Produk pembelian anda akan kami ” setting” terlebih dahulu mengikut kesesuaian rumah anda. Apabila produk ini sampai ke tangan anda, anda sudah tidak perlu melakukan sebarang setting lagi. Apa yang perlu anda lakukan adalah terus memasang sensor dan panel kawalan di dalam rumah anda.**


Persediaan


Peralatan yang perlu ada:

  1. Tukul besi
  2. Mesin Gerudi
  3. Pelekat dua muka(double tape) – Disertakan sekali bersama sensor

 Langkah Pertama


Sebelum bermula, kenalpasti terlebih dahulu lokasi pemasangan alat sistem keselamatan rumah anda. Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih mudah. Setelah itu anda perlu berikan maklumat tersebut kepada kami bagi tujuan penetapan di panel kawalan sistem keselamatan yang telah anda beli.

 


Door/Window Sensor


  1. Setiap sensor yang kami pasarkan telah siap dibekalkan bersama bateri.
  2. Kenalpasti pintu ataupun tingkap yang ingin dipasang.
  3. Pastikan kedudukan bahagian B mesti berada di bahagian sisi lampu LED kecil, bukannya berada di sisi bahagian yang mempunyai antena. Jika salah sensor tidak akan berfungsi.
  4. Setiap bateri boleh bertahan sehingga 4 – 6 bulan lamanya. Bergantung pada penggunaan
  5. Apabila bateri lemah LED nombor dua di sensor akan menyala secara tetap selama beberapa saat.
  6. Tanggalkan lapisan luar pelekat di kedua bahagian dan tampal sebelah menyebelah

 


Passive Infra Red (PIR)


  1. PIR tidak boleh dipasang menggunakan “double tape”, dikhuatiri tidak dapat menampung berat PIR.
  2. PIR seelok-eloknya dipasang menggunakan skru.
  3. Tinggi PIR dari lantai mestilah tidak melebihi 2.2 meter dan kedudukan PIR mesti lah dalam keadaan 90°
  4. Pastikan ianya dipasang di tempat yang berkemungkinan tinggi akan dilalui penjenayah
  5. Pastikan juga tiada sebarang objek yang menghalang PIR seperti almari ataupun lampu
  6. Jangan dipasang terlalu dekat dengan PIR yang lain.
  7. Jangan dipasang menghadap tingkap ataupun mesin yang mengeluarkan haba seperti microwave, heater dan lain-lain lagi.

Panel Kawalan


  1. Untuk memudahkan konfigurasi anda disarankan untuk membaca panduan yang disediakan di dalam kotak bungkusan produk ini.
  2. Panel kawalan ini boleh membuat sambungan sehingga ke 99 alat penggera/sensor termasuk PIR(motion sensor), smoke detector, gas detector, door sensor dan siren wireless(G10A – 99 sensor / G11A – 70 sensor)
  3. Untuk konfigur PIR dan door sensor ianya perlu di aktifkan satu persatu dan adalah lebih mudah jika anda memuat turun terlebih dahulu app yang disediakan di google play store.

Aplikasi Telefon Pintar(Android dan Apple)


1 – Buka Play Store / Apple Store

 

2 – Cari aplikasi(app) ZG10A – android / G10A – Apple dan pasang/install app tersebut.

 

 

3 – Buka app tersebut dan klik “ADD HOST

 

 

4 – Isikan sebarang nama. Sebagai contoh kami letakkan nama khalya dan kemudian isikan nombor telefon simkad yang telah diberikan kepada anda.

 

 

5 – Selepas itu klik butang “+Add” dan selepas itu “Done

 

 

6 – Selepas itu klik pada nama alarm dalam contoh ini klik pada nama “khalya

 

 

7 – Anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah. Selepas itu slide ke paparan yang ketiga seperti gambar di bawah.

 

 

8 – Kemudian skroll ke bawah sehingga anda jumpa “Change Password“.

 

 

9 – Masukkan kata laluan anda sepert yang telah diberikan. Untuk kali ini saya masukkan kata laluan lalai, iaitu 1234 untuk operasi dan untuk konfigurasi atau SET-UP saya gunakan kata laluan asal juga iaitu 8888 kemudian klik “Send”.

 

 

10 – Selesai sudah tetapan untuk aplikasi di telefon anda. Selepas ini anda kembali ke paparan pertama dan boleh cuba untuk Arm kan atau Disarm kan atau membuat panggilan secara Intercom ke sistem keselamatan rumah anda.

 


Untuk lebih memudahkan anda, kami menyediakan video panduan untuk penetapan zon keselamatan (door sensor dan PIR). Video ini menunjukkan bagaimana untuk menetapkan zon keselamatan untuk produk keselamatan rumah berjenama lain tetapi cara penetapan zon keselamatannya menggunakan cara yang hampir sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *