Blog

Papan Tanda Keselamatan

Posted On November 18, 2015 at 5:51 am by / No Comments

Jika anda seorang perompakperompak

Bayangkan anda seorang perompak atau pencuri yang mempunyai niat untuk melakukan jenayah pecah rumah. Bagaimanapun, apabila anda mendekati rumah mangsa sasaran anda, anda melihat papan tanda keselamatan yang mengatakan rumah tersebut dilengkapi dengan sistem keselamatan. Adakah anda akan meneruskan rancangan anda? Saya pasti jawapannya pasti tidak. Anda tentu membatalkan niat anda atau anda akan memilih rumah lain yang tidak mempunyai sebarang sistem keselamatan.

Papan tanda keselamatan yang terbaik

Papan tanda keselamatan rumah adalah sebahagian daripada idea yang baik bagi tujuan pencegahan.  Idea untuk mencegah sesuatu yang buruk sebelum ia berlaku adalah cara yang paling baik untuk perlindungan dan keselamatan. Mempunyai sistem keselamatan rumah sahaja tidak dapat menjamin bahawa rumah anda tidak akan dipecah masuk. Pencuri atau perompak masih boleh meneruskan niat jahat mereka kerana berfikir bahawa rumah anda tidak mempunyai sebarang sistem penggera. Dengan papan tanda keselamatan rumah, sebarang niat mereka akan terbantut kerana sudah ada amaran bahawa mereka boleh ditangkap polis atau jiran-jiran anda jika mereka menceroboh rumah anda.

 

 

Papan tanda keselamatan rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk memberi amaran kepada sesiapa sahaja terutama kepada mereka yang mempunyai niat jahat terhadap anda. Dalam kebanyakan kes, jika rumah anda dijadikan sasaran oleh perompak atau pencuri, maka papan tanda keselamatan rumah mampu menghalang mereka daripada melakukan perbuatan jahat mereka. Walau bagaimanapun, papan tanda – papan tanda keselamatan rumah perlu menyatakan sekali sistem keselamatan yang digunakan untuk melindungi rumah anda. Sebagai contoh, jika sistem penggera atau sistem keselamatan rumah anda menggunakan perkhidmatan kami, maka papan tanda itu harus menyatakan “Amaran! Rumah ini dilengkapi dengan sistem keselamatan rumah – khalya resources”. Selalunya, papan tanda – papan tanda ini disediakan bersama-sama dengan pembelian sistem keselamatan rumah anda. Walau bagaimanapun, anda juga boleh membuat sendiri papan tanda keselamatan ini. Perlu diingat, papan tanda ini perlu ditampal di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai.

Pelekat keselamatan

Selain daripada itu cara lain yang boleh anda lakukan ialah menampal pelekat keselamatan rumah kerana cara ini juga mampu membantu menghalang penjenayah sebelum mereka memecah masuk rumah anda. Seperti juga papan tanda keselamatan, pelekat keselamatan juga biasanya diberikan bersama-sama dengan pemasangan sistem keselamatan rumah, tetapi anda juga boleh membeli atau membuat sendiri pelekat keselamatan individu.

penjenayah ditangkap

Papan tanda keselamatan, stiker, atau pelekat, keberkesanannya hampir menyamai seperti anda mempunyai sistem penggera rumah yang lengkap. Anda hanya perlu memastikan supaya papan tanda ini boleh dilihat pada waktu siang ataupun malam. Lampu boleh digunakan untuk membuatkan ianya benar-benar kelihatan. Walau bagaimanapun, ini adalah amaran sahaja untuk menjauhkan pencuri dan penceroboh dari rumah anda. Namun, papan tanda seperti ini perlu digabungkan dengan pemasangan sistem keselamatan rumah sebenar supaya anda boleh mempunyai lebih daripada satu barisan pertahanan dan perlindungan daripada penjenayah, perompak dan penceroboh.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *