Blog

Pengakuan Seorang Bekas Penjenayah Pecah Rumah

Posted On March 25, 2017 at 2:46 pm by / No Comments

Tahukah anda di USA jenayah pecah rumah berlaku setiap 13 SAAT. Sementara itu menurut berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, di Malaysia sahaja pada tahun 2016 terdapat peningkatan indeks jenayah pecah rumah sebanyak 4.6% (data diambil dari bulan Jan – April SAHAJA!)iaitu sekitar 6,662 kes (Statistik Jenayah Pecah Rumah 2016). Jika dibahagikan dengan 365 hari bermaksud terdapat 18 kes jenayah pecah rumah di negara kita berlaku setiap HARI!

Ini adalah kes yang dilaporkan setakat April sahaja… kalau dicampurkan kes yang mana mangsa malas nak lapor dan jika dikumpulkan sehingga akhir tahun 2016 entah berapa banyak lah pula jumlah keseluruhan agaknya….

Chris Patterson

Info berguna yang akan kami kongsikan kali ini adalah sebuah rancangan yang diambil dari abc news. Mereka telah menemubual seorang bekas penjenayah pecah rumah yang telah bersetuju untuk berkongsi kisah perbuatan jahatnya dahulu.

Chris Patterson adalah bekas penjenayah pecah rumah yang telah disabitkan kesalahan sebanyak 4 kali dan kini dalam pemantauan pihak polis sebelum dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2013.

Dia bersetuju bekerjasama dengan abc news untuk menyedarkan masyarakat dengan mendedahkan semua RAHSIANYA ketika dia bergelar pencuri dulu.

Menurut Chris kebanyakan pemilik rumah membiarkan rumah mereka begitu mudah menjadi sasaran untuk dimasuki oleh pencuri.

Sebelum mencuri dia akan melakukan risikan selama 2 – 3 jam sebelum merompak bagi memastikan rumah tersebut benar-benar “selamat” untuk dicerobohi. Tindakannya sama seperti seorang yang ingin membeli rumah, kena betul-betul teliti.

Bagi Chris dan pencuri-pencuri lain, sesetengah rumah seolah-olah menjerit memanggil mereka untuk masuk mencuri harta benda dalam rumah tersebut. Ini kerana kebanyakan pemilik rumah tidak langsung mementingkan aspek keselamatan. Tingkap dan pintu kadang-kadang tidak berkunci, tiada sistem keselamatan ini semua seolah-olah menjemput mereka untuk memecah masuk rumah tersebut.

Menurutnya lagi PEMASANGAN sistem keselamatan rumah, lebih-lebih lagi yang mempunyai CCTV teramat-amat berbaloi. Ini kerana dengan teknologi terkini pemilik rumah sudah boleh melihat secara langsung di telefon jika ada orang yang menceroboh rumah mereka. Kalau rumah itu mempunyai kedua-dua sistem ini Chris PASTI akan mencari rumah lain yang lebih mudah.

Bagaimanapun menurut Chris, dia juga pernah memecah masuk rumah yang mempunyai sistem keselamatan rumah dan juga CCTV kerana kebanyakan pemilik rumah selalu terlupa untuk “ON” atau “ARM” kan semua itu!! (Tetapi dengan teknologi terkini sistem keselamatan rumah anda sudah boleh “arm” atau “disarm” kan melalui telefon sahaja.)

Chris berkata lagi jika rumah itu mempunyai anjing ianya juga sudah cukup untuk membuatkan dia tidak memilih rumah tersebut. Kadang-kadang papan tanda “beware of dog” sahaja pun sudah cukup menakutkannya walaupun sebenarnya tiada anjing pun dalam rumah tersebut.

Rumah yang mudah untuk dipecah masuk

Rumah yang mempunyai pagar tembok yang tinggi, lebih-lebih lagi jika terdapat banyak pokok. Ini kerana walaupun ianya suasana privasi untuk tuan rumah dan keluarga, sebaliknya ianya juga menjadikan perbuatan pencuri seperrti Chris terlindung daripada penglihatan jiran-jiran.

Selain daripada itu…jangan biarkan peti surat anda penuh dengan pelbagai surat yang tidak diambil dan satu lagi tolong jangan update di internet percutian anda…lebih-lebih lagi jika status anda boleh ditonton oleh semua manusia dalam dunia ini(anda buat status anda “public”!). Pencuri sekarang pun pandai guna teknologi terkini. Diaorang pun ada akaun facebook, instagram dan twitter.

Tambah Chris lagi, jangan pasang aircon di tingkap kerana ianya adalah amat mudah untuk ditanggalkan dan akan menjadi laluan mudah penjenayah menceroboh rumah anda.

Begitu juga tangga, jangan biarkan tangga dibiarkan di luar rumah. Ini semua seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pencuri ke rumah anda.

Walaupun jiran anda mengenali anda tetapi adakah mereka mengenali tetamu anda atau rakan-rakan anda. Lihat pada minit ke 4.28 bagaimana dengan begitu mudah Chris memecah masuk rumah tersebut.

Jangan tunggu lama-lama…

Nasihat kami jangan tunggu lama-lama untuk memasang sistem keselamatan rumah kerana penjenayah tak akan menunggu sehingga anda sudah bersedia baru mereka akan merompak anda.

Untuk sarikata klik butang setting->klik translation->klik auto translation->pilih bahasa anda

Kesimpulannya

Terdapat beberapa perkara penting yang boleh kita ambil sebagai pengajaran, iaitu:

  1. Pasang Sistem Keselamatan Rumah dan juga CCTV
  2. Jangan lupa hidupkan sistem keselamatan anda lebih-lebih lagi jika tiada siapa di rumah
  3. Bela anjing… ( untuk muslim kena fikir alternatif lain… bela angsa pun ok juga)
  4. Jangan letak tangga di luar rumah
  5. Jangan pasang aircon tingkap
  6. Jangan biarkan belakang rumah anda terlindung dengan pagar tembok atau pokok yang terlebih banyak
  7. Jangan simpan barang-barang berharga di tempat yang mudah dicari
  8. Pastikan tingkap dan pintu tertutup ketika anda meninggalkan rumah
  9. Pastikan peti surat anda tak penuh dengan surat-surat lama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *