Blog

Rumah dipecah masuk pencuri? Apa yang perlu anda lakukan?

Posted On April 19, 2016 at 3:49 am by / No Comments

Apa yang perlu dilakukan selepas rumah anda dipecah masuk pencuri? Percayalah tindakan pantas untuk menyelesaikan perkara ini adalah penting untuk mengembalikan kehidupan anda seperti sedia kala. Pecah rumah adalah satu pengalaman yang menakutkan yang boleh membuat anda merasa seperti kehilangan sesuatu dan menjadikan anda merasa marah kepada keadaan sekeliling, walau apa pun perasaan anda pada waktu itu, anda harus cepat kembali membina kekuatan dan terus bergerak ke hadapan meneruskan hidup anda.

Telefon polis dan segera buat laporan.

Adakah pada waktu itu anda berfikir, “Patut ke saya telefon polis?” Jawapannya adalah YA. Dan itu adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Laporan polis adalah perlu untuk tuntutan insurans dan juga untuk memastikan penjenayah itu akan ditangkap oleh pihak polis. Juga untuk memastikan kawasan perumahan anda adalah di bawah pemerhatian pihak polis. Jika ditakdirkan anda balik dari bercuti ataupun dari pejabat dan anda dapati rumah anda telah dipecah masuk. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan terus masuk ke dalam rumah anda dan membuat panggilan dari telefon rumah anda. Pastikan jangan sentuh apa-apa di rumah anda sebelum ketibaan polis, ini kerana anda mungkin boleh merosakkan bukti dan kesan yang ditinggalkan oleh penjenayah. Apabila pihak polis tiba, buat senarai lengkap semua barang-barang yang telah diambil, termasuk keterangan menyeluruh dan anggaran nilai setiap barang. Jika anda ada telihat sesiapa keluar dari kediaman anda, tuliskan semua maklumat termasuk jantina, umur, bangsa, pakaian, tanda boleh dikenal pasti, dan arah yang mereka pergi selepas meninggalkan rumah anda.

Hubungi syarikat insurans(jika ada)

Sama ada anda mempunyai insurans sebagai pemilik rumah atau penyewa, jika anda membuat tuntutan ada kemungkinan bahawa anda boleh mendapatkan semula jumlah kerugian setiap barang yang telah dicuri. Telefon dalam tempoh masa 24 jam dan pastikan yang anda telah menyerahkan semua maklumat yang perlu kepada pihak polis, syarikat insurans memerlukan maklumat tersebut untuk memproses tuntutan anda. Mereka mungkin akan menghantar penyelaras tuntutan untuk menyiasat tuntutan anda, jika itu berlaku, anda mungkin mahu tinggal di tempat lain sehingga mereka selesai melengkapkan siasatan mereka.

Lihat rakaman CCTV

Sekiranya anda mempunyai kamera keselamatan di sekitar rumah anda, anda mungkin boleh melihat kembali rakaman video ketika kejadian berlaku. Pastikan emosi anda stabil, kerana ia boleh menjadi sesuatu yang tidak selesa melihat orang memecah masuk rumah anda. Sebagai bahan bukti, buat salinan dan serahkan salinan rakaman ini kepada pihak polis dan juga syarikat insurans andai. Gunakan juga rakaman untuk menentukan kelemahan keselamatan di rumah anda supaya anda boleh meningkatkan langkah-langkah keselamatan di tempat itu untuk mengelakkan daripada berulang lagi di masa akan datang.

Bersihkan semua kesan-kesan pecah masuk

Apabila pihak polis dan insurans telah menyelesaikan siasatan, sudah tiba masanya untuk kembali hidup normal. Perkara pertama, anda boleh mula membersihkan semua kesan pecah masuk seperti barang-barang yang bertaburan, tanda-tanda pada dinding atau lantai anda, dan sebagainya. Sementara menunggu orang membaiki kerosakan di rumah anda, tampalkan sementara dengan papan untuk menutupi tingkap-tingkap yang pecah ataupun dinding-dinding yang telah dikopakkan. Lagi cepat anda baiki segala kerosakkan lagi cepat anda boleh teruskan kehidupan anda.



Kesan pecah rumah kepada emosi anda

Selain kehilangan barang-barang berharga, kejadian pecah rumah benar-benar meninggalkan kesan emosi kepada mangsa, anda akan merasa tidak selamat di rumah sendiri dan juga takut kemungkinan ianya akan berulang lagi. Tetapi anda harus teruskan hidup anda dengan cuba mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem keselamatan rumah anda. Baiki segala kerosakan yang berlaku dan anda kena teruskan kehidupan anda. Seperti kejadian malang yang lain, yakinlah… masa akan mengubatinya dan dengan sikap yang positif, anda pasti akan berjaya mengatasi semua masalah ini.

Mula ambil langkah-langkah untuk lebih melindungi rumah anda

Anda boleh mula mengambil langkah-langkah keselamatan tertentu untuk meningkatkan keselamatan rumah anda. Oleh kerana kebanyakan kes pecah rumah berlaku melalui pintu depan (34 peratus) atau pintu belakang (22 peratus), anda perlu menaik taraf pintu dan tingkap anda. Anda boleh membeli lampu sensor pergerakan untuk diletak di luar rumah anda, memasang kamera keselamatan palsu atau meletakkan lampu dalam dan luar rumah anda dengan penetap masa. Anda juga boleh meletakkan papan tanda “Berhati-hati dengan anjing” atau tanda syarikat keselamatan rumah di hadapan rumah anda (walaupun anda tidak mempunyai anjing atau sistem keselamatan rumah, ini semua mampu menghalang).

Sistem keselamatan rumah yang terbaik

Terdapat 2 (dua) cara yang berkesan untuk menjadi penghalang yang terbaik kepada jenayah pecah rumah dan juga boleh membantu anda berasa lebih selamat dari kejadian pecah rumah, iaitu

1) Memasang SISTEM KESELAMATAN RUMAH

Sistem keselamatan rumah yang kami sediakan terdiri dari sensor pintu dan tingkap, sensor pergerakan dan juga kamera keselamatan(cctv). Ini adalah satu langkah pertama ke arah membuat anda berasa lebih selamat di rumah sendiri. Dengan pemasangan sistem keselamatan rumah yang lengkap kemungkinan untuk rumah anda dipecah masuk adalah amat rendah. Pakej keselamatan rumah yang Khalya resources tawarkan, Insha’allah mampu menghalang daripada berlakunya kejadian jenayah pecah rumah di rumah anda.

2) Mengadakan RONDAAN keselamatan berkala

Lakukan rondaan keselamatan berkala sekurang-kurangnya 3-4 malam seminggu. Bagaimanapun ini hanya boleh dilakukan oleh kejiranan yang bersatu dan prihatin. Jika taman perumahan anda belum mempunyai Kawasan Rukun Tetangga(KRT), inilah masanya untuk menubuhkan KRT dan di bawah KRT anda boleh menubuhkan Skim Rondaan Sukarela(SRS). Selain daripada taman perumahan anda akan menjadi lebih selamat, KRT dan SRS juga akan memperolehi dana daripada kerajaan. Anda hanya perlu ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN) daerah, untuk tujuan penubuhan KRT dan juga SRS.

Apa yang penting adalah usaha… kemudian barulah kita bertawakal kepada Allah.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *