Siapa Kami

 

Khalya Resources adalah cetusan idea pasangan suami isteri yang prihatin dengan kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi muktahir ini. Atas kerisauan tentang keselamatan keluarga dan harta maka kami berusaha mencari sistem keselamatan rumah yang mampu dan berkesan.

Bermula dengan memasang sendiri sistem keselamatan rumah di kediaman sendiri tercetusnya idea untuk memasarkan produk ini kepada yang lain. Pemasangan dan  “set up” nya yang mudah menjadikan ianya satu perkara terbaik yang wajib dimiliki oleh setiap keluarga.

Jika sistem keselamatan rumah ini berkesan dan mampu dipasang oleh kami, ini bermakna Insha’Allah sistem ini juga akan berkesan dan mampu mencegah penjenayah daripada memasuki kediaman anda.