Blog

Sistem Keselamatan Rumah kemajuan Masa Kini

Posted On September 11, 2015 at 6:05 am by / No Comments

Evolusi Sistem Keselamatan Rumah

Sistem keselamatan rumah semakin menjadi pilihan sebagai satu cara untuk melindungi harta dan keluarga mereka sendiri. Satu perkara yang anda perlu tahu jika anda adalah salah seorang yang sedang mempertimbangkan sistem keselamatan rumah, tahukah anda sistem keselamatan rumah kini telah berubah dan menjadi semakin canggih.
Kini sistem keselamatan rumah bukan sahaja berkesan untuk melindungi rumah atau permis perniagaan anda dari menjadi mangsa jenayah pecah rumah, ianya juga mampu melindungi anda dan keluarga dari bahaya seperti kebakaran, kebocoran gas memasak/monoksida dan juga yang terkini ialah banjir.

(Untuk artikel kali ini kami akan ceritakan dahulu mengenai kebaikan smoke detector dan juga gas detector. Insha’Allah di lain masa saya akan menyentuh mengenai flood detector ataupun pengesan banjir.)

Gas Detector(pengesan kebocoran gas)

aksesori sistem keselamatan rumah

Walaupun hanya baru-baru ini sahaja ramai yang menyedari bahaya keracunan gas karbon monoksida. Gas karbon monoksida atau gas memasak ini telah lama dikenali sebagai pembunuh senyap di dalam rumah.
Ini kerana gas ini tidak mempunyai bau atau warna, ia hampir tidak dapat dikesan tanpa sistem keselamatan rumah yang boleh mengesan gas ini. Jika sesorang terhidu gas ini dalam jangka waktu yang lama dan dalam kawasan yang tertutup pasti menjadikan sesorang tidur untuk selama-lamanya.

Smoke detector(Pengesan Asap Kebakaran)

Wireless Smoke Detedtor sistem keselamatan rumah
Pengesan Asap(smoke detector) adalah salah satu cara ramai orang untuk melindungi diri dan keluarga mereka daripada menjadi korban kebakaran ketika mereka sedang nyenayk tidur lebih-lebih lagi pada waktu malam. Banyak harta dan nyawa yang musnah dan terkorban akibat kebakaran.
Dengan kemajuan teknologi terkini panel kawalan utama sistem keselamatan rumah mampu berintegrasi dengan semua peralatan ini iaitu pengesan gas dan juga pengesan kebakaran.
Apabila salah satu alat ini mengesan bahaya, isyarat kecemasan dihantar ke panel kawalan utama dan alat penggera akan berbunyi nyaring dan kuat. Panggilan kecemasan juga akan dibuat secara automatik ke nombor-nombor yang telah ditetapkan.

Pihak bomba sendiri menggalakan setiap rumah memasang pengesan asap dan juga pengesan gas. Ini kerana telah terbukti kedua-dua alat ini mampu menyelamatkan nyawa mangsa kebakaran. Ikuti berita itu di sini “Pengesan asap boleh selamatkan nyawa“.

Dengan pelbagai kemajuan yang telah dilakukan kepada sistem keselamatan rumah masa kini , saya percaya ianya akan menjadi sesuatu perkara yang paling bermanfaat kepada pengguna.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *