Blog

Sistem Keselamatan Rumah. Wireless atau Tidak?

Posted On January 24, 2017 at 2:56 am by / No Comments

Dengan teknologi yang semakin berkembang maju. Sistem keselamatan rumah juga tidak ketinggalan berkembang maju dari segi teknologi dan juga rekabentuknya. Dari penggunaan wayar yang banyak untuk setiap kali pemasangan dilakukan kini kebanyakan sistem keselamatan termasuk CCTV secara perlahan-lahan beralih kepada teknologi tanpa wayar.

Bagaimanapun setiap teknologi ini mempunyai kelebihan dan juga kekurangan. Kami akan memberi penerangan kepada anda yang mungkin sekarang ni tengah pening memikirkan sama ada ingin memasang sistem penggera rumah (sistem keselamatan rumah) tanpa wayar ataupun berwayar?

Sistem keselamatan rumah wireless (tanpa wayar)

Kelebihan:

  • Tidak perlu memasang kabel di seluruh rumah.
  • Tidak perlu risau untuk melakukan renovation rumah anda(takut terpotong wayar).
  • Mempunyai zon keselamatan yang banyak ada yang menjangkau sehingga 99 zon, cukup untuk menamakan setiap zon dengan nama tersendiri contoh zon 1 pintu depan, zon 2 tingkap bilik.
  • Sesetengah sistem keselamatan boleh memberitahu jika salah satu tingkap tidak bertutup ketika anda arm sistem anda.
  • Kos pemasangan lebih murah dan jika anda rajin boleh dilakukan sendiri oleh pembeli.

Kekurangan:

  • Perlukan bateri untuk beroperasi
  • Bateri hanya mampu bertahan sehingga 6 bulan lamanya bergantung kepada kekerapan penggunaan sensor.
  • Sensor agak besar dan ianya jelas kelihatan bila dilekatkan di pintu ataupun tingkap.

 

Sistem keselamatan rumah dengan wayar

Kelebihan:

  • Menggunakan bekalan elektrik untuk beroperasi.
  • Tidak perlu risau kehabisan bateri.
  • Sensornya kecil dan tidak kelihatan bila dipasang pada tingkap ataupun pintu.

Kekurangan:

  • Memerlukan kemahiran pendawaian untuk memasang semua sensor dan juga panel.
  • Jika terpotong salah satu wayar di dinding keseluruhan sistem tidak dapat berfungsi
  • Biasanya hanya terdapat 2 – 4 zon keselamatan untuk tetapan.
  • Wayar agak berselirat terutamanya di bahagian power module ke panel kawalan.

Semoga penilaian ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat dalam memilih sistem keselamatan rumah yang sesuai.

 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *