Blog

Sistem Penggera Keselamatan Wireless Untuk Rumah Anda

WirelessKami pasti, kita semua ingin memastikan bahawa rumah dan keluarga kita dilindungi dengan baik dan selamat. Jadi ia bukanlah satu perkara yang menghairankan jika sistem penggera keselamatan rumah semakin lama menjadi semakin popular. Sebagai pengguna kita perlu mengetahui dengan lebih terperinci tentang pilihan-pilihan yang ada di pasaran. Malah, sistem penggera keselamatan rumah hari ini menggunakan ciri-ciri yang hanya wujud dalam sistem penggera keselamatan rumah yang mahal pada masa lalu. Dengan teknologi yang semakin berkembang maju, banyak sistem penggera keselamatan rumah sudah digunapakai oleh ramai pemilik rumah.

Jika dulu, sistem penggera keselamatan rumah hanya boleh dipasang oleh mereka-mereka yang berkelayakan sahaja. Ini kerana banyak kabel yang perlu ditarik untuk setiap alat-alat penggera keselamatan. Kerana itu pada masa lalu sistem penggera keselamatan rumah menjadi sangat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh golongan yang tertentu sahaja. Ini adalah salah satu faktor yang menghalang ramai pemilik rumah pada waktu itu untuk memasang sistem penggera keselamatan rumah.

Tetapi apabila teknologi wireless @ tanpa wayar berkembang pantas ianya secara tidak langsung telah merubah semua itu. Perkembangan pantas teknologi wireless dalam bidang rangkaian komputer telah memberi kesan kepada sistem penggera keselamatan rumah dan pada hari ini terdapat banyak sistem penggera keselamatan rumah wireless yang berkualiti tinggi di pasaran yang boleh dipasang sendiri oleh ramai pemilik rumah. Sistem penggera keselamatan rumah tanpa wayar mempunyai banyak kelebihan antaranya ianya mudah dipasang dan juga ditanggalkan terutamanya jika anda berpindah rumah atau anda melakukan ubahsuai rumah anda. Sementara itu jika menggunakan sistem penggera keselamatan berwayar, anda terpaksa membayar untuk kos membuka dan memasang kembali sistem penggera keselamatan rumah. Anda perlu membayar kos kabel dan juga upah pemasangan.

panel GSM0010A

Kebanyakan sistem penggera keselamatan rumah wireless didatangkan dengan panel pusat kawalan yang boleh disambungkan dengan teknologi wireless kepada setiap wireless sensor yang anda letakkan pada pintu dan tingkap rumah anda. Jika sistem penggera keselamatan rumah diaktifkan semasa anda tiada di rumah, ia akan berada dalam keadaan bersedia dan jika siren berbunyi ia akan menghantar mesej dan juga membuat panggilan secara automatik ke telefon anda. Sistem-sistem penggera keselamatan rumah juga boleh disambungkan kepada perkhidmatan syarikat-syarikat keselamatan dan membantu menyediakan satu lagi tambahan perlindungan dan juga keselamatan kepada keluarga anda.

KR0043Sistem penggera keselamatan rumah wireless yang lebih canggih pula membolehkan anda untuk menggunakan kamera wireless yang boleh memantau mana-mana kawasan di dalam dan juga di luar rumah anda pada setiap masa. Anda juga boleh mendapatkan kamera infrared yang boleh mampu merakam imej di dalam gelap dan juga mempunyai sensor pergerakan @ motion detector.

Sistem penggera keselamatan rumah wireless kini mempunyai pelbagai pilihan dan boleh didapati secara online mahupun offline. Jadi apa yang anda tunggu lagi sistem penggera keselamatan rumah kini sudah menjadi sesuatu yang wajib dipasang. Ianya pasti meningkatkan lagi tahap keselamatan di rumah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *