Blog

Sistem penggera manakah sesuai untuk saya?

Posted On August 9, 2016 at 5:49 am by / No Comments

Sesal Dahulu Pendapatan….

Sejak kebelakangan ini sistem keselamatan rumah/sistem penggera rumah semakin menjadi satu keperluan bagi setiap rumah. Dengan kadar jenayah pecah rumah yang semakin membimbangkan ianya semakin menjadi satu perkara utama yang bermain di fikiran ketua-ketua keluarga. Apatah lagi jika pernah menjadi mangsa pecah rumah.

Bagaimanapun alat penggera rumah ada yang mempunyai pelbagai kelebihan dan ada yang biasa-biasa sahaja. Sebagai contoh hanya sekadar mengeluarkan bunyi siren amaran tanpa fungsi telefon dan sms. Apa pun ia mengikut kepada keperluan dan yang paling penting adalah mengikut kemampuan anda.

Kenalpasti keperluan

Bagi memastikan tidak berlaku pembaziran dan mengeluarkan bajet yang betul untuk alat penggera rumah anda. Sila kenalpasti terlebih dahulu keperluan anda. Adakah sistem yang anda perlukan cukup sekadar mengeluarkan bunyi sahaja ataupun perlukan fungsi telefon/sms? Ataupun anda inginkan kepada syarikat keselamatan rumah yang besar seperti ADT ataupun BELCO (bajet pun kena besar).

Jom cerita sikit pasal ADT. Jika anda mempunyai peruntukan alat penggera rumah yang banyak, pada pandangan saya ADT adalah yang terbaik untuk anda. Ini kerana mereka mempunyai pusat kawalan mereka sendiri. Jika rumah anda diceroboh atau alat penggera rumah anda berbunyi merekalah yang akan mengambil tindakan pertama seperti menelefon anda atau pun menghantar pasukan keselamatan mereka memeriksa rumah anda. Bagaimanapun dengan ADT anda perlu membuat bayaran bulanan bermula daripada RM75.00 ke atas dan juga diikat dengan kontrak selama 3 tahun. Klik link ini untuk ke laman ADT.

Selain ADT, alat penggera keselamatan rumah berbayar ialah BELCO. Untuk mengetahui lebih lanjut pakej-pakej yang ditawarkan sila klik link BELCO.

Tetapi jika bajet anda sederhana, gunakanlah sistem keselamatan rumah atau alat penggera rumah yang kami pasarkan sekarang. Perbezaannya ialah buat masa ini kami tiada pusat kawalan keselamatan(insha’Allah satu hari nanti ada). Jika menggunakan sistem keselamatan rumah kami, andalah pusat kawalan keselamatannya. Andai kata berlaku pencerobohan, anda adalah orang pertama yang akan mengetahuinya. Anda juga yang akan mengambil tindakan pertama seperti menelefon polis ataupun meminta bantuan jiran-jiran anda untuk melakukan pemeriksaan.

Alat penggera rumah tanpa wayar(wireless)

Bagaimana ingin mengenalpasti keperluan anda? Ianya amat mudah sebenarnya. Jika anda mempunyai rumah yang besar contohnya banglo ataupun semi D yang mana terdapat banyak akses untuk penjenayah memecah masuk, anda perlulah mengambil produk keselamatan tambahan.
Contohnya adalah seperti gambar di bawah:
loakasi pemasangan alat penggera rumahPakej yang diambil contohnya pakej GSM0010A

  1. Panel kawalan = 1
  2. PIR = 1
  3. DS = 1
  4. Siren = 1
  5. Alat kawalan jauh = 1
  6. Pengecas elektrik = 1

Tambahan aksesori yang perlu ialah:

  1. PIR = 3
  2. DS = 1

Pilihan:

  1. Smoke Detector = 1
  2. Gas Detector = 1

Maksudnya jika anda membeli pakej sistem keselamatan rumah GSM0010A, anda perlu membuat pembelian tambahan untuk PIR dan juga door sensor. Sementara smoke detector dan gas detector adalah pilihan. Yang paling penting adalah jumlah PIR dan door sensor mesti mencukupi untuk menjadikan alat penggera rumah anda berkesan.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda dalam mengenalpasti keperluan sistem penggera rumah. Perkara penting yang perlu diambil tahu ialah jumlah tingkap dan pintu yang mudah menjadi sasaran penjenayah. Kira jumlah itu dan anda sudah boleh mengenalpasti berapa yang perlu anda beli supaya tidak berlaku pembaziran dan kekurangan. Semoga usaha kita ini akan diberkati Allah hendaknya….Wallahu’alam…

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Klik Hubungi kami

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *