Terma dan Syarat

 

Penghantaran:

  • Penghantaran produk akan menggunakan perkhidmatan Poslaju. Bagaimanapun kami berhak untuk menggunakan syarikat penghantaran lain tanpa perlu memberitahu pembeli.
  • Masa penghantaran bergantung kepada lokasi dan juga hanya dilakukan pada hari-hari bekerja sahaja.
  • Proses penghantaran mengambil masa 3 – 7 hari waktu bekerja daripada tarikh penerimaan bayaran.
  • Proses penghantaran percuma mengambil masa 7- 15 hari.
  • Penghantaran percuma akan diberikan kepada semua pembelian yang melebihi RM500.00
  • Jika pembeli menerima barang yang rosak akibat kecuaian semasa penghantaran dilakukan atau produk keselamatan rumah tidak berfungsi sebaik sahaja dikeluarkan daripada bungkusan, pembeli diminta memberitahu kepada pihak kami melalui emel atau sms atau what’s app atau facebook dalam masa 48 jam produk diterima, Khalya Resources sedia bertanggungjawab di atas kerosakan tersebut.
  • Bagaimanapun selepas 48 jam, segala aduan kerosakan tidak akan kami terima.
  • Bagaimanapun sesetengah produk yang kami tawarkan menawarkan penghantaran serendah RM5.00 atau percuma. Jika terdapat tawaran seperti itu, sila pastikan ketika di dalam laman “Troli” anda memilih “shipping” yang betul. Contohnya jika tawaran kos penghantaran untuk produk itu RM5.00 pilih penghantaran yang bernilai RM5.00.

 

 

Pemasangan:

  • Buat masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan pemasangan di seluruh negara.
  • Perkhidmatan pemasangan hanya disediakan untuk kawasan Banting, Dengkil, Putrajaya, Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai sahaja.
  • Bayaran pemasangan bergantung kepada lokasi dan juga jumlah alat keselamatan.
  • Kami lebih menggalakkan anda melakukan sendiri, kerana ianya amat mudah. Panduan pemasangan boleh diperolehi di halaman “Panduan pemasangan“.
  • Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami sama ada melalui emel, sms, what’s app dan juga telefon.

 

 

Jaminan/Waranti:

  • Panel kawalan keselamatan rumah yang dipasarkan oleh pihak kami mempunyai jaminan selama satu (1) tahun.
  • Kami menawarkan pembaikpulihan dan penukaran panel kawalan(jika kerosakan telah dibuktikan berlaku kerana kesilapan pengilangan) secara percuma bemula daripada tarikh pembelian sehingga enam(6) bulan.
  • Semua sensor magnetik(pintu & tingkap) mempunyai jaminan sehingga 3 bulan.
  • Untuk tiga (3) bulan pertama segala kos penghantaran/kembali produk akan ditanggung oleh Khalya Resources.
  • Selepas 3 bulan pembeli harus menanggung kedua-dua hala kos penghantaran.
  • Jaminan bermula dari tarikh pembelian dan berakhir pada haribulan yang sama pada tahun berikutnya.

 

Jaminan 30 hari:

  • Jaminan wang 30 hari dikembalikan bermula dari tarikh pembelian dan berakhir pada 30 hari selepas itu.
  • Produk yang tidak berfungsi hendaklah dihantar kepada kami terlebih dahulu sebelum wang anda dikembalikan.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun pembeli.
  • Bagaimanapun untuk jaminan 30 hari, pihak kami tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran.
  • Jaminan ini hanya sah untuk setiap produk yang mempunyai logo “Jaminan 30 hari wang dikembalikan” contohnya seperti logo berwarna emas di atas.

 

 

 

Kaedah Pembayaran:

  1. Kami menerima pembayaran dalam bentuk kad debit, kad kredit(master atau visa) dan perbankan atas talian dengan menggunakan senangPay. – Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB, Hong Leong, Ambank, Bank Rakyat, Affin, Bank Muamalat, OCBC, Public bank, Standard Charted dan UOB
  2. Untuk pmbayaran dengan PayPal pembeli hendaklah membayar yuran yang dikenakan oleh PayPal.
  3. Bagi pembayaran pindahan wang secara terus ke akaun bank kami, bukti pembayaran bagi perbankan atas talian ataupun melalui ATM hendaklah di emel kepada khalya.resources[@]gmail.com. Butir-butir yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  • Nama Bank
  • Masa transaksi
  • Jumlah transaksi
  • Pakej/Jumlah Pakej/Jumlah produk

 

Terima Kasih di atas pembelian anda. Semoga produk edaran kami ini dapat membantu dalam meningkatkan keselamatan rumah tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih daun keladi…