Blog

Ulasan Ikhlas: Sistem Penggera Rumah Yang Terbaik

Posted On June 18, 2016 at 4:18 am by / No Comments

Oleh kerana kadar jenayah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi muktahir ini. Permintaan ke atas sistem penggera rumah juga semakin meningkat. Dengan lambakan produk sistem penggera rumah di pasaran, ada yang mahal, ada yang murah, ada guna teknologi itu, ada guna teknologi ini. Kami pasti ramai yang keliru dalam membuat pilihan. Tak mengapa, anda jangan risau. Kami akan bagi ulasan yang jujur atas setiap jenis produk sistem penggera rumah, tidak berdasarkan jenama tetapi berdasarkan rekaan dan teknologi. Dan juga tidak akan bias pada produk pasaran syarikat kami.

Sistem penggera rumah tradisional dengan wayar

diagram wired security

Kebaikan:

  1. Tidak perlu risau tentang bateri kerana menggunakan bekalan elektrik.
  2. Tidak perlu risau tentang had jarak di antara setiap alat keselamatan dengan panel kawalan.
  3. Sensor keselamatan seperti sensor pintu dan tingkap kecil dan terselindung.

Keburukan:

  1. Pemasangannya susah. Perlukan kepakaran memasang wayar eletrik
  2. Dinding rumah penuh dengan laluan wayar elektrik. Kena berhati-hati agar tidak terpotong kabel.
  3. Upah pemasangan agak tinggi kerana perlukan kemahiran
  4. Zon keselamatan yang terhad. Biasanya hanya ada 2 – 4 zon sahaja.
  5. Oleh kerana zon keselamatan sedikit,  setiap zon tidak boleh dinamakan secara sepesifik. Menjadikan susah untuk mengesan jika berlaku pencerobohan.
  6. Jika ingin melakukan ubahsuai pastikan tidak trepotong wayar penggera rumah anda kerana jika terpotong anda perlu menarik balik semua wayar dari panel kawalan penggera rumah anda.

Sistem penggera rumah tradisional tanpa wayar

sistem murahKebaikan:

  1. Tiada wayar yang berserabut di dinding rumah anda
  2. Kos pemasangan murah dan mudah untuk dilakukan sendiri
  3. Konfigurasi peralatan adalah tersangat mudah kerana alat ini tidak berintegrsi dengan sensor yang lain.

Keburukan:

  1. Jarak di antara panel kawalan dan alat-alat keselamatan lain hanyalah sekitar 30 – 40 meter
  2. Panel kawalan menggunakan tenaga elektrik tetapi alat keselamatan yang lain seperti sensor pergerakan dan sensor pintu
  3. Bergantung kepada kuasa bateri
  4. Kuasa bateri biasanya hanya mampu bertahan sekitar 4 ke 5 bulan sahaja
  5. Jika rumah anda diceroboh penjenayah siren penggera akan berbunyi bagaimanapun tiada mesej atau panggilan telefon akan dibuat oleh panel kawalan kerana fungsinya hanyalah mengeluarkan bunyi siren sahaja.

 Sistem penggera rumah tanpa wayar/dengan wayar – teknologi pstn(public switched telephone network)

telefon

Kebaikan:

  1. Jika berlaku pencerobohan panel kawalan akan menghantar mesej dan membuat panggilan ke nombor pengguna.
  2. Tidak perlu risau tentang kredit prepaid ataupun jika tiada liputan isyarat.
  3. Bayaran bulanan juga murah dan lebih jimat hanya perlu bayar bill elektrik dan telefon sahaja.

Keburukan:

  1. Penjenayah boleh memotong wayar telefon di luar rumah.
  2. Panel kawalan tidak boleh terlalu jauh dengan I/O port(input/output port) telefon. Jika jauh perlukan kabel telefon yang panjang.
  3. Anda adalah pusat kawalan kepada keselamatan rumah anda. Ini bermaksud ketika anda tiada di rumah dan andaikata berlaku pencerobohan anda sendiri yang harus menghubungi pihak keselamatan atau meminta bantuan jiran-jiran anda.

Sistem penggera rumah tanpa wayar/dengan wayar – teknologi GSM(Global System for Mobile communication)

Kebaikan:

  1. Jika berlaku pencerobohan panel kawalan akan menghantar mesej dan membuat panggilan ke nombor pengguna.
  2. Dikhuatiri jika di kawasan pendalaman tiada isyarat liputan.
  3. Hanya perlu bayar bil telefon sahaja(bergantung kepada pakej tawaran syarikat telekomunikasi).
  4. Setiap zon keselamatan boleh dinamakan contoh zon 1 Pintu Dapur, zon 2 Pintu depan, zon 3 Tingkap bilik. Jika berlaku pencerobohan sms dan panggilan yang dibuat kepada kita lebih spesifik dan kita lebih snenag mencari di bahagian mana yang berlaku pencerobohan.
  5. Tidak perlu sistem pendawaian yang rumit dan berserabut.
  6. Jika ingin membuat penambahan bahagian rumah tidak perlu risau terpotong kabel sistem keselamatan.

Keburukan:

  1. Anda adalah pusat kawalan kepada keselamatan rumah anda. Ini bermaksud ketika anda tiada di rumah dan andaikata berlaku pencerobohan anda sendiri yang harus menghubungi pihak keselamatan atau meminta bantuan jiran-jiran anda.
  2. Sensor keselamatan agak besar dan menonjol.

Sistem penggera rumah berpusat kawalan seperi ADT, Protech dan lain-lain lagi

pusat operasi

Kebaikan:

  1. Jika berlaku pencerobohan pusat kawalan terbabit akan menghantar mesej dan membuat panggilan ke nombor pelanggan dan juga pihak keselamatan.
  2. Mereka mempunyai pasukan teknikal yang akan membaiki jika berlaku kerosakan kepada sistem penggera rumah anda.

Keburukan:

  1. Upah pemasangan yang mahal.
  2. Mempunyai bayaran bulanan. Pelanggan diminta membuat bayaran bulanan kepada mereka(bergantung kepada pakej).
  3. Selain itu anda juga perlu membayar tambahan bil telefon dan juga bil elektrik.

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk memilih produk sistem penggera rumah yang sesuai dengan keperluan anda. Apapun sebelum membeli sistem penggera rumah anda perlu mempertimbangkan banyak perkara seperti kemampuan dan juga keperluan. Bagaimanapun kami ingin menekankan bahawa sistem penggera rumah wajib dipasang di setiap kediaman untuk membantu anda menyelamatkan harta dan juga keselamatan keluarga yang anda sayangi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *